Kelayakan Piala Dunia 2018: Apek Tagih Kemenangan Ke Atas Palestin

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 1:35 PM

Dollah (tengah) berbincang mengenai corak permainan dengan pemain-pemainnya ketika sesi latihan Harimau Malaya pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mengakui kemenangan ke atas Palestin amat penting bagi skuad negara aksi kedua kempen Kelayakan Piala Dunia 2018 Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.

Jelasnya, kemenangan amat diperlukan bagi menyuntik kembali semangat pemain untuk terus memburu kejayaan. 

Bagaimanapun Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek turut mengakui bahawa perlawanan itu bukan satu tugas yang mudah untuk digalas kerana pemain Palestin bermain dalam liga di luar negara. 

"Biarpun pemain lawan beraksi dalam liga yang lebih hebat bersama pemain handalan lain namun ini tidak mematahkan semangat kami untuk memperagakan aksi yang terbaik," katanya selepas sesi latihan skuad Harimau Malaya pada Isnin.

Dalam pada itu, pemain senior, Mohd Amri Yahyah meminta rakan sepasukan supaya tidak mengulangi kesilapan ketika menentang Timor Leste, sebaliknya mengutip tiga mata penuh di laman sendiri. 

"Kita harus peka bermula dari minit pertama perlawanan sehinggalah ke wisel penamat, malah perlu terus fokus supaya tidak mengulangi kesalahan sehingga tercicir mata berharga," katanya.

Pada aksi pertama kumpulan Khamis lalu, skuad kebangsaan yang dibimbing jurulatih Dollah Salleh sekadar seri 1-1 menentang Timor Leste.

"Berdasarkan keputusan pasukan Palestin menentang Arab Saudi Khamis lalu, itu membuktikan Palestin begitu bersedia dan kita tidak boleh pandang rendah.

"Saya percaya, yang penting kita bagi yang terbaik dan pastikan kesilapan menentang Timor Leste tidak akan berlaku lagi.

"Saya harap pemain akan memberi persembahan 100 peratus. Berdasarkan dari segi latihan dua tiga hari ini, saya lihat pemain memberi komitmen dalam latihan dan percaya mereka akan mempersembahkan apa yang kita harapkan," katanya.

Pengendali berusia 51 tahun itu juga tidak memandang rendah kekuatan Palestin yang kalah tipis 3-2 kepada Arab Saudi dengan gol kemenangan diperoleh pada minit terakhir perlawanan.

Dollah mengesahkan bahawa pemain tengah Putera Nadher Amarhan Maderner yang lebih dikenali sebagai Junior Eldstal tidak dapat beraksi kerana kecederaan tendon koyak.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan