Man United Bida Harry Kane £40 Juta

Diterbitkan: Sabtu, 13 Jun 2015 9:15 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United dilapor akan membida penyerang Tottenham Hotspurs, Harry Kane setinggi £40 juta bagi melengkapkan perisai serangan kelab itu.

Pemain muda England itu berjaya membawa dirinya sebagai penyerang yang menjaringkan 30 gol untuk Tottenham dalam satu musim selepas Gary Lineker.

United sebelum ini dilapor telah dikaitkan dengan pemain itu, namun khabar angin berkenaan dinafikan Kane sendiri.

Bagaimanapun, United telah menaikkan jumlah bidaan sebagai usaha untuk memastikan Kane dapat menyertai kelab itu pada awal Julai ini.

Pengerusi Tottenham, Daniel Levy memberitahu, pihaknya akan hanya melepaskan Kane jika penebusan kontrak bernilai £50 juta dilakukan.

Kane menghasilkan gol pertama untuk England ketika menentang Lithuania pada Mac lalu.

Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan