City Tawar £40 Juta Kepada Liverpool, Terima Atau Lupakan

Diterbitkan: Sabtu, 13 Jun 2015 8:44 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER City akan menaikkan bidaan untuk mendapatkan Raheem Sterling dari Liverpool dan kali ini Anfield hanya akan diberikan kata dua iaitu terima atau tidak.

Sterling, Paul Pogba dan Kevin Bruyne merupakan tiga bintang yang kini menjadi buruan City untuk diikat pada jendela pemindahan pemain Julai ini.

Bidaan City sebanyak £30 juta sebelum ini telah ditolak dan berikutan itu kelab milik jutawan Arab itu sedia mendapatkan Sterling pada harga £40 juta.

Walaupun Liverpool meminta £50 juta dari City, namun kelab itu percaya Anfield akan menerima £40 juta dan ianya dianggap munasabah.

City dilapor telah memperuntukkan sebanyak £150 juta untuk mendapatkan pemain baharu pada jendela pemindahan kali ini.

Selain itu, City juga dikatakan sedia mendapatkan Pogba pada harga £58 juta dari Juventus dan £30 juta bagi pemain sayap Belgium, Bruyne.

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Manchester City

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan