'Resepi Jepun' Oleh Dollah Salleh Tidak Menjadi

Diterbitkan: Jumaat, 12 Jun 2015 7:32 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Resepi istimewa Jepun yang dipelajari oleh ketua jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh ternyata tidak meningkatkan mutu persembahan skuad kebangsaan pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di sini Khamis malam.

Dollah ternyata kecewa dengan persembahan anak buahnya yang hanya mampu melakarkan keputusan 1-1 dengan Timor Leste pada aksi pembukaan Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Lebih memalukan apabila pasukan lawan hanya membuat persediaan selama tiga hari sahaja berikutan ada sebilangan pemain beraksi pada Sukan SEA ke-28 Singapura manakala sedang bercuti daripada aksi di liga luar negara.

"Secara keseluruhannya, saya kecewa dengan perlawanan tadi kerana kita tidak ambil peluang untuk mencipta lebih banyak jaringan daripada pasukan yang tidak begitu tersedia.

"Kita ada banyak peluang tetapi disia-siakan, kesilapan pada minit terakhir memberi ruang kepada gol penyamaan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Pengendali berusia 51 tahun itu turut mengakui bahawa kebanyakan pemain skuad 'Harimau Malaya' dilihat keletihan serta hanya memberikan persembahan antara 30 hingga 40 peratus daripada apa yang mereka tunjukkan pada sesi latihan.

Sementara itu, pengendali Timor Leste, Fabio Joaquim berkata persediaan selama tiga hari tidak menghalang pasukan itu daripada menunjukkan prestasi yang baik kerana mereka telah bermain secara pasukan dalam pusingan pertama aksi kelayakan menentang Mongolia pada Mac lalu.

"Kami terlepas beberapa peluang jaringan dan pemain keletihan. Bagaimanapun, keputusan ini adil bagi kami," katanya.

Beliau berkata ketiadaan liga tempatan serta stadium sendiri juga tidak menghalang semangat negara kecil itu untuk terus melakar sejarah dalam kempen kelayakan ini, walaupun beraksi buat julung kalinya.

Malaysia seterusnya akan bertemu dengan Palestin pada 16 Jun dalam aksi kedua Kumpulan A, sebelum menjalani cabaran getir menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Sept dan Arab Saudi pada 8 Sept ini.

Tags / Kata Kunci: Jepun , Malaysia , Timor Leste

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan