Peminat Bola Sepak Mahu Skuad B-13 PPBN Sertai AFC, Tidak Jadi Mangsa Politik

Diterbitkan: Jumaat, 12 Jun 2015 7:46 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengikut laman sosial Facebook, Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) mencadangkan skuad Bawah 13 tahun (B-13) program itu menyertai Kejohanan Piala Asia (AFC) bagi mengasah bakat mereka.

Skuad B-13 PPBN menarik perhatian masyarakat khususnya peminat bola sepak apabila mereka berjaya melakar kemenangan dalam jelajah di Eropah sejak Mei hingga Jun ini.

Malah, majoriti pengikut laman Facebook PPBN memberi pandangan serta komen positif berikutan  kejayaan terbaru skuad itu membenam pasukan B-13 Red Bull Salzburg 5-1.

Mereka mencadangkan skuad B-13 PPBN diberi peluang beraksi untuk Piala AFC bawah 16 tahun (B-16) agar supaya pemain muda berkenaan terdedah kepada pengalaman baharu disamping dapat mengasah bakat dalam meningkatkan  kualiti permainan.

Peminat bola sepak negara turut berbangga kerana pada usia muda lagi pemain-pemain itu mampu mencipta nama serta digeruni oleh akademi negara lain dan menjadi satu kelebihan bagi skuad ini sekiranya berjaya menyertai Kejohanan Piala AFC B-16.

Walaupun kejohanan itu merupakan antara yang terbesar, tidak mustahil bagi skuad B-13 untuk mencapai kemenangan sekiranya mereka diberikan latihan yang lebih mendalam serta pengalaman baharu.

Dalam pada itu, terdapat juga pengikut yang memberi komen agar skuad B-13 ini tidak dilepaskan ke pihak atau organisasi yang salah kerana mereka mempunyai masa hadapan yang baik serta memerlukan platform yang betul tanpa campur tangan 'politik' oleh sesetengah individu yang mahukan populariti.

Ini kerana majoriti pengikut Facebook PPBN tidak mahu 'pisang berbuah dua kali' apabila skuad pelapis sebelum ini tidak membuahkan hasil kepada negara.

Bagaimanapun, kemenangan yang dikecapi bukanlah bererti skuad B-13 sudah hebat dan tidak memerlukan bimbingan lagi. Mereka seharusnya perlu lebih diberikan latihan dan didedahkan kepada dunia luar bagi meningkatkan kualiti permainan.

Sementara itu, skuad B-13 yang dibimbing oleh bekas jurulatih akademi Bayern Munich, Lim Teong Kim berjaya mempamerkan aksi konsisten apabila mengekalkan rentak kemenangan berturut-turut biarpun ditentang sengit oleh akademi dan kelab ternama Eropah.

Memetik kenyataan arkiteknya Lim Teong Kim di laman Facebook itu,  objektif utama skuad B-13  bukannya semata-mata ingin mencapai kemenangan malahan merupakan pendedahan untuk masa depan mereka.

"Memang saya berbangga mereka mencapai kemenangan pada setiap perlawanan, namun objektif utama adalah untuk mereka rasa lebih bertanggungjawab, bekerja sebagai satu pasukan dan tahu membuat keputusan.

"Ini adalah sebahagian dari proses pembelajaran untuk mematangkan dalam dunia bola sepak," kata bekas jurulatih akademi Bayern Munich itu.

Tags / Kata Kunci: PPBN , Eropah

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan