Liverpool Tolak Bidaan Man City Dapatkan Raheem Sterling

Diterbitkan: Jumaat, 12 Jun 2015 8:18 AM

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL menolak bidaan bernilai £30 juta yang dilakukan Manchester City untuk mendapatkan Raheem Sterling pada jendela pemindahan pemain Julai ini.

City dilapor telah memantau suasana yang sesuai untuk mendapatkan Sterling sejak sekian lama sebelum membuat bidaan tersebut.

Mirror Online melaporkan, penolakan itu dibuat bukan kerana Liverpool enggan menjual Sterling, tetapi kelab bimbingan Brendan Rodgers menuntut sebanyak £50 juta.

Bagaimanapun City dijangka akan menaikkan bidaan dan cuba berbincang dengan Liverpool untuk mendapatkan harga yang lebih munasabah.

Sterling yang mempunyai baki kontrak selama setahun menjadi rebutan kelab gergasi apabila dia menolak untuk kekal di Anfield pada musim depan.

Keputusan Sterling itu  dipengaruhi oleh kegagalan Liverpool meraih sebarang kejuaraan pada musim lalu selain terlepas slot ke saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Tags / Kata Kunci: Manchester City , Liverpool

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan