Man City Sedia Bertindak 'Kejam', Guna Kuasa Wang Dapatkan Pemain - Bola Sepak | mStar

Man City Sedia Bertindak 'Kejam', Guna Kuasa Wang Dapatkan Pemain

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER CITY sedia menggunakan kuasa wang pada jendela pemindahan pemain kali ini untuk membentuk sebuah pasukan digeruni dan kembali memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Berikutan itu pemilik City, Khaldoon Al Mubarak sedia memborong tiga bintang muda yang sedang 'panas' iaitu Paul Pogba, Raheem Sterling dan Kevin De Bruyne.

Jutawan Abu Dhabi itu dilapor cuba bertindak 'kejam' selepas dia gagal mendapatkan pemain yang diingini pada jendela pemindahan musim lalu kerana terikat dengan peraturan kewangan Fifa (FFP).

"Saya akan pastikan bahawa skuad kali ini akan lebih kuat dan lebih berdaya saing. Saya yakin dan teruja tentang apa yang akan berlaku pada musim depan.

"Anda akan dapat saksikan lebih banyak perubahan. Ada pemain yang telah berkhidmat dengan baik perlu meninggalkan kelab ini.

"Anda akan melihat kami membawa individu lebih baik pada jendela pemindahan kali ini dan mereka akan menjadi inspirasi untuk musim depan," katanya.


Tags / Kata Kunci: Manchester City , Paul Pogba
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan