Iker Casillas 'Dihalau' Real Madrid Kerana De Gea

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 10:36 AM

(Ubah saiz teks)

IKER CASILLAS terpaksa meninggalkan Real Madrid bagi memberi posisi penjaga gol utama skuad tersebut kepada David De Gea yang dilapor akan menyertai kelab mewah berkenaan pada minggu depan.

Karier Casillas selama 16 tahun di Real Madrid akan berakhir apabila De Gea diumum menjadi milik kelab itu secara rasmi dalam tempoh terdekat, lapor Daily Mail.

Portal berita itu mendakwa, penjaga gol utama Manchester United tersebut sepatutnya menyertai Real Madrid pada Isnin depan sebaik sahaja tamat latihan bersama skuad Sepanyol.

Bagaimanapun, Real Madrid bersama jurulatih baharunya, Rafael Benitez memerlukan sedikit masalah sebelum mengikat De Gea.

Kelab gergasi Sepanyol itu dijangka akan mendapatkan De Gea dengan nilai £18.3 juta dari United.

Manakala Casillas pula akan menyertai Roma atau Inter Milan walaupun mendapat tawaran dari Fenerbahce.

Tags / Kata Kunci: Real Madrid , Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan