Skuad B-13 Negara Benam Akademi Termoden Eropah 5-1 - Bola Sepak | mStar

Skuad B-13 Negara Benam Akademi Termoden Eropah 5-1

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2015 8:39 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Bawah 13 Tahun (B-13) Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) terus melakar kemenangan dan membentuk kekuatan di Jerman dalam siri perlawanan persahabatan jelajah Eropah.

Pasukan DNA negara yang mendapat sentuhan bekas jurulatih akademi Bayern Munich, Lim Teong Kim berjaya mempamerkan aksi konsisten apabila mengekalkan rentak kemenangan untuk perlawanan kelapan berturut-turut biarpun ditentang sengit oleh akademi dan kelab ternama.

Jika sebelum ini skuad B-13 PPBN berjaya bangkit menewaskan Bayern Munich, kini dalam perlawanan terbaru pada Khamis menyaksikan anak  muda Malaysia menang bergaya 5-1 ke atas pasukan B-13 Red Bull Salzburg.

Akademi Red Bull Salzburg merupakan akademi termoden di Eropah dalam melatih pemain dari seluruh dunia.

Dalam perlawanan itu, skuad B-13 PPBN berjaya berada di depan dengan jaringan 2-0 sebelum babak pertama tamat.

Walaupun skuad negara mendahului pihak lawan, jurulatihnya Teong Kim kelihatan tidak berpuas hati dengan persembahan pemain-pemainnya.

"Jangan takut, tunjukkan kemampuan kamu. Ini satu cabaran untuk kamu semua," ujar Teong Kim kepada pemainnya ketika waktu rehat.

Bersambung pada babak kedua, rentak permainan skuad negara sedikit hambar gara-gara lawan berjaya mendapatkan jaringan pertama untuk mendekatkan kedudukan.

Namun, Teong Kim tidak mudah melatah, sebaliknya terus membuat percaturan menggunakan pemain-pemain yang dibawanya.

Skuad B-13 PPBN kemudian berjaya mendominasi semula perlawanan untuk meledak tiga gol sebelum tamat tempoh permainan.

Sebelum perlawanan itu, skuad muda negara turut berjaya merekodkan kemenangan ke atas pasukan B-13 Tirol  Selection, 3-1 dan Furstanfeldbruck 3-0.

Mereka bakal berdepan dua lagi perlawanan persahabatan sebelum terbang ke Madrid pada 14 Jun ini bagi meneruskan aksi menentang  kelab-kelab remaja di sana.

Sepanjang berada di Jerman, skuad B-13 PPBN berjaya mencatat 29 gol menerusi 12 penjaring berbeza, dan bolos lima gol dalam lapan perlawanan.

Dalam pada itu, Teong Kim pernah memberitahu kepada mStar Online bahawa kemenangan adalah bonus kepada pemain, tetapi apa yang penting dan ingin dilihat adalah ilmu yang diajar di PPBN dapat diterjemahkan di atas padang.

Tags / Kata Kunci: PPBN , Jerman
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan