Newcastle Pecat Jurulatih Dan Penolong

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2015 4:30 PM

(Ubah saiz teks)

NEWCASTLE bertindak menamatkan karier John Carver sebagai jurulatih pasukan itu bersama pembantunya Steve Stone pada Selasa.

Pemecatan Carver dan Stone merupakan hukuman kelab itu berikutan prestasi suram pasukan tersebut itu pada akhir musim ini sehingga menyebabkan ia hampir terkeluar daripada Liga Perdana Inggeris (EPL).

Berikutan pemecatan itu, Newcastle melantik dijangka akan Steve MClaren sebagai jurulatih baharu pasukan itu pada bila-bila masa sahaja.

MClarenmeninggalkan kelab Derby County pada akhir musim lalu.

Mirror Online melaporkan, sebaik sahaja pelantikan diumumkan, Mclaren dengan segera akan mengadakan perbincangan bersama pengarah, Lee Charnley dan ketua pencari bakat berkaitan pemindahan pemain.

Berdasarkan perbincangan yang diadakan, mereka akan menandatangani pemain baharu yang mampu membantu memulihkan kembali prestasi kelab itu disamping mendapatkan pemain Queens Park Rangers (QPR) bernilai £10 juta (RM57 juta), Charlie Austin sebagai salah seorang pemain baru.

Newcastle selain itu turut memerlukan dua penyerang untuk musim hadapan dengan melakukan bidaan yang tepat terhadap pemain yang diinginkan bagi mengelakkan berlakunya 'bencana' seperti musim lalu yang hampir kepada penyingkiran.

Dalam pada itu, pemilik Newcastle, Mike Ashley bakal meninggalkan lembaga pengarah selepas pelantikan Mclaren, namun tidak akan melepaskan pengangan saham.

Tags / Kata Kunci: Newcastle

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan