Barcelona Lanjutkan Kontrak Luis Enrique

Diterbitkan: Rabu, 10 Jun 2015 8:23 AM

(Ubah saiz teks)

BARCELONA melanjutkan kontrak jurulatihnya sehingga 2017 apabila Luis Enrique berjaya membawa kelab tersebut menjuarai tiga piala penting pada musim ini.

Walaupun baru mengendali Barcelona untuk tahun pertama, namun Enrique, 45, berjaya merangkul kejuaraan La Liga, Liga Juara-juara Eropah dan Copa del Rey.

Berikutan itu pada Selasa, Barcelona yang akan melalui proses pemilihan semula kepimpinan tertinggi kelab memutuskan untuk melanjutkan kontrak jurulatihnya terlebih dahulu.

"Kami perlukan Luis Enrique untuk dua tahun lagi," kata Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu disamping tiga piala yang dimenangi jurulatih itu.

Ketika mula memimpin skuad Barcelona, Enrique menghadapi masalah apabila didakwa tidak bersefahaman dengan Lionel Messi.

Namun masalah itu berjaya diselesaikan dan membawa kemenangan berganda kepada kelab berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Barcelona

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan