Stadium Nasional Bukit Jalil Ditutup Selepas Aksi Liverpool

Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2015 10:29 PM

Padang Stadium Bukit Jalil yang menggunakan 'Rumput Nasional'.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil bakal ditutup selepas perlawanan persahabatan di antara pasukan Pilihan Malaysia menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool untuk memberi laluan kepada persediaan temasya Sukan SEA 2017 di Malaysia.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohamad Amin berkata selepas perlawanan menentang 'The Reds' ia akan ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan untuk temasya sukan dwi-tahunan itu. 

"Jadi bermula perlawanan akhir Piala Malaysia, semua perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam, yang merupakan pilihan venue kedua selepas Stadium Nasional, termasuklah pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018," katanya kepada pemberita pada sesi latihan pasukan kebangsaan di Stadium Nasional di sini, Isnin.

Beliau berkata kerja-kerja penyelenggaraan itu akan meliputi keseluruhan kompleks sukan, termasuk Stadium Putra dan Stadium Akuatik di samping berharap suasana stadium akan menjadi lebih cantik dan canggih menjelang temasya sukan itu, bila Malaysia menjadi tuan rumah.  

Stadium Nasional yang dibuka secara rasmi pada 1998 untuk temasya Sukan Komanwel, pernah ditutup beberapa kali sebelum ini dan kali terakhir ditutup adalah pada 1 November lalu untuk kerja-kerja membaik pulih rumput susulan kerosakan yang berlaku selepas perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT). 

Perlawanan akhir Piala FA 2015 pada 23 Mei lalu di antara pasukan Kelantandan Lions XII merupakan perlawanan pertama dilangsungkan di stadium berkenaan selepas penukaran rumput baharu jenis 'National Grass' yang menelan belanja RM1.5 juta.

Tags / Kata Kunci: Stadium Bukit Jalil

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan