Malaysia Sekadar Seri Dengan Hong Kong

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2015 8:01 AM

Pemain negara, Mohd Afiq Azmi (kiri) cuba menendang bola sambil dihadang oleh pemain Hong Kong, Huang Yang (kanan) pada perlawanan persahabatan antara pasukan Malaysia bertemu Hong Kong di Stadium Shah Alam, malam Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Malaysia seri 0-0 dengan Hong Kong pada perlawanan persahabatan antarabangsa Kelas A di Stadium Shah Alam di sini malam Sabtu.

Skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh kurang menyengat pada malam Sabtu untuk melakukan penyudahan bagi menghasilkan gol walaupun mendapat sokongan gemuruh daripada peminat tempatan.

Hong Kong hampir mendahului pada minit ke-10 apabila Lam Ka Wai membuat umpanan yang tepat kepada Chan Man Fai tetapi dapat diselamatkan oleh penjaga gawang Malaysia Mohd Farizal Marlias.

Peluang tuan rumah untuk mendahului hasil sepakan bebas kapten pasukan Indra Putra Mahayuddin dihalang oleh penjaga gol Yapp Hung Fai pada minit ke-29 sementara tendangan Joseph Kalang Tie ditepis keluar oleh penjaga gol dan kapten pasukan Hong Kong itu.

Kebuntuan berterusan hingga akhir babak pertama yang menyaksikan Mohd Amri Yahyah gagal memanfaatkan hantaran silang Ahmad Syamim Yahya dalam kotak penalti pada minit ke-40 dan Mohd Afiq Azmi sekali lagi terlepas peluang untuk membuka jaringan pada akhir babak pertama.

Skuad kebangsaan meneruskan asakan pada babak kedua tetapi masih gagal untuk menewaskan Yapp menerusi tendangan Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-68 dan ke-76 dan tandukan lemah Mohd Afiq Azmi pada minit ke-82.

Malaysia akan bertemu Timor Leste pada 11 Jun dan Palestin pada 16 Jun di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam Pusingan Kelayakan Asia Piala Dunia Rusia 2018 yang juga sebagai Pusingan Kelayakan Piala AFC Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2019.

Tags / Kata Kunci: Harimau Malaya , Hong Kong , seri

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan