Dollah Janji Skuad Negara Akan Bangkit Semula

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2015 8:49 AM

Safee Sali pantas membawa bola sambil dihalang pemain Hong Kong di luar petak penalti pada perlawanan persahabatan antarabangsa 'A', Malaysia menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam malam Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh berjanji anak didiknya akan bangkit semula dengan persiapan lebih mantap bagi mengharungi kempen pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 pada 11 dan 16 Jun ini.

Beliau mengakui kecewa dengan persembahan hambar skuad tersebut selepas seri tanpa jaringan dengan Hong Kong pada perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A di Stadium Shah Alam, di sini malam Sabtu.

Perlawanan tersebut merupakan perlawanan pemanas badan sebelum berdepan dengan Timor Leste dan Palestin, masing-masing pada 11 dan 16 Jun dalam kempen pra-Piala Dunia dan Piala Asia nanti.

Kedua-dua perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini.

Mengulas perlawanan dengan Hong Kong, Dollah berkata penyerang skuad negara perlu melakukan sesuatu yang lebih baik untuk menjaringkan gol dan masalah ketumpulan barisan depan akan diperbaiki dalam sesi latihan sebelum pusingan kelayakan bermula minggu depan.

"Saya tidak dapat beri tumpuan kepada persiapan pasukan menghadapi perlawanan persahabatan ini kerana lebih terarah kepada pemilihan pemain sejak minggu lepas.

"Bagaimanapun, selepas ini kita perlu berlatih sebagai satu pasukan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Dollah Salleh , Harimau Malaya

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan