Barcelona Julang Trofi Liga Juara-Juara

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2015 7:14 AM

Barcelona muncul juara Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Juventus.

(Ubah saiz teks)

BARCELONA menewaskan Juventus 3-1 dalam aksi final Liga Juara-Juara Eropah yang penuh mendebar di Berlin, awal pagi Ahad.

Neymar melengkapkan gol ketiga Barca pada masa kecederaan selepas Luis Suarez bangkit menjaringkan gol kedua untuk meletakkan pasukan itu di depan pada minit ke-68.

Terdahulu Juventus menyamakan kedudukan menerusi bekas pemain Real Madrid, Alvaro Morata selepas Ivan Rakitic membuka jaringan awal untuk Barca seawal minit keempat.

Pasukan tuan rumah dipaksa bekerja keras dengan penjaga gawangnya, Gianluigi Buffon berjaya menyelamatkan percubaan Dani Alves dan Suarez.

Ia adalah kemenangan berganda buat pasukan kendalian Pengurus Luis Enrique selepas mengemudi pasukan itu menjuarai aksi La Liga musim ini.

Malah, Barca menjadi pasukan pertama untuk memenangi kemenangan berganda sekali gus membuktikan keberkesanan strategi pengurus tersebut.

Pada aksi La Liga, Barca menafikan peluang musuh tradisinya, Real Madrid untuk menjulang trofi tersebut selepas memperolehi 94 mata.

Real sekadar ketinggalan dua mata di belakang Barca.

Barisan pemain:

BARCELONA: Ter-Stegen, Alves, Piqué, Mascherano, Alba, Busquets, Rakitić, Iniesta, Neymar, Suárez, Messi. Pemain gantian: Bravo, Bartra, Mathieu, Adriano, Xavi, Rafinha, Pedro.

JUVENTUS: Buffon, Lichtsteiner, Barzagli, Bonucci, Evra, Marchisio, Pirlo, Pogba, Vidal, Tevez, Morata. Pemain gantian: Storari, Ogbonna, Padoin, Sturaro, Pereyra, Coman, Llorente.





Tags / Kata Kunci: Liga Juara-Juara , Barcelona , Juventus

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan