Van Gaal-Ferguson Bekerjasama Rekrut Pemain Man United - Bola Sepak | mStar

Van Gaal-Ferguson Bekerjasama Rekrut Pemain Man United

Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2015 10:49 AM

Louis van Gaal (kiri) dan Sir Alex Ferguson.

(Ubah saiz teks)

LOUIS Van Gaal bersama Sir Alex Ferguson akan bekerjasama dalam membantu Manchester United untuk merekrut pemain terbaik buat kelab tersebut.

Van Gaal mendapat kelulusan daripada lembaga pengarah untuk perbelanjaan besar-besaran musim panas sebanyak £200 juta (RM1.1 bilion) serta menggunakan khidmat Ferguson mendapatkan pemain terbaik untuk United. 

Malahan, Van Gaal dan Ferguson turut dilihat menghadiri makan malam bersama serta ditemani oleh isteri mereka di Manchester pada akhir musim saingan domestik. 

Kedua-dua jurulatih terkenal tersebut menghadiri makan malam di sebuah restoran makanan Cina yang menjadi kegemaran Van Gaal.

Van Gaal dan Ferguson sudah berkawan sejak lama dan saling-menghormati kejayaan yang dikecapi masing-masing sepanjang kerjaya mereka.

Ferguson mengambil langkah berjaga-jaga dalam mengawal serta menguruskan profil United sehingga ke satu tahap yang memuaskan. Bagaimanapun, Ferguson menjelaskan kepada Van Gaal bahawa dia akan membantu dalam apa cara sekalipun bagi memenuhi hasrat dan rancangan jurulatih Belanda itu untuk melonjakkan United. 

Kenyataan Ferguson dapat dibuktikan apabila dia melawat Madrid semasa pertembungan Liga Juara-jura Eropah pada Mac lalu dan makan malam bersama bekas pemain utama United, Christiano Ronaldo.

Disamping itu, Ferguson memberi motivasi dberdasarkan apa yang berlaku di Real Madrid termasuk masa depan Ronaldo. 

Selain daripada menjadi jurulatih United, Ferguson juga merupakan duta jurulatih Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA). 

Pengerusi UEFA, Michel Platini menjelaskan: "Sir Alex adalah pengerusi kepada latihan elit yang diadakan pada setiap tahun. Malahan, dia juga akan menjadi salah seorang ahli kumpulan kajian teknikal Liga Juara-juara dan Kejohanan Eropah,". - MIRROR

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan