Tom Cleverley Sah Peroleh Kontrak Everton 5 Tahun - Bola Sepak | mStar

Tom Cleverley Sah Peroleh Kontrak Everton 5 Tahun

Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2015 7:24 AM

Tom Cleverley.

(Ubah saiz teks)

EVERTON mengesahkan kelab itu mendapatkan Tom Cleverley apabila kontrak pemain Manchester United itu berakhir pada Julai ini.

Cleverley memperoleh kontrak jangka panjang bersama Everton selama lima tahun.

Pengurus Everton, Roberto Martinez menyambut baik kehadiran Cleverley di Goodison Park. Beliau berharap, Cleverley dapat memberikan kejayaan untuk Everton.

"Kami begitu senang mengalu-alukan kehadiran Tom Cleverley di Everton. Perkara penting yang kami cuba tunjukkan ialah kerana dia mempunyai banyak pengalaman bermain di Liga Perdana Inggeris. Dia juga masih berada pada waktu-waktu terbaik dalam kerjayanya," kata Martinez.

Cleverley merupakan kunci daripada kejayaan Manchester United untuk meraih gelaran Liga Perdana Inggeris ketika ia masih di bawah pimpinan Sir Alex Ferguson. agaimanapun, Cleverley dipinjamkan ke Aston Villa pada musim lalu.


Tags / Kata Kunci: Tom Cleverley
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan