Angel Di Maria Sahkan Kekal Bersama United Musim Depan

Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 3:49 PM

(Ubah saiz teks)

> Menafikan berminat sertai juara Perancis PSG

> Angel di Maria akan kembali menyarung jersi United musim depan

> Dia telah menjaringkan empat gol musim lalu

PEMAIN tengah Angel di Maria menegaskan kariernya bersama Manchester United masih belum selesai sekaligus mengesahkan yang beliau tidak akan berpindah ke kelab lain musim depan.

Sambil mengakui Liga Perdana Inggeris dengan rentak pantas adalah sesuatu yang baru dan di luar jangkaannya, Di Maria berazam untuk memberikan yang terbaik musim depan.

Pemain Argentina itu menyertai United dari Real Madrid dengan rekod perpindahan British iaitu sebanyak £60 juta tetapi prestasinya merudum sebaik sahaja persaingan liga memasuki fasa kedua. Dia juga berhadapan dengan masalah trauma selepas rumahnya cuba dipecah masuk pencuri.

Sejak itu, prestasinya jadi tidak menentu.

Menurut Di Maria, dia juga tidak berhasrat untuk berpindah ke kelab juara Liga Perancis, Paris Saint-Germain, sebagaimana yang disebut-sebut oleh banyak media massa Perancis.

Di Maria, 27, kini kembali ke Argentina untuk beraksi bersama skuad kebangsaan dalam kejohanan Copa America.

Argentina dijadualkan bertemu Paraguay pada 13 Jun ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan