Sukan SEA: Malaysia Harap 'Keajaiban" Untuk Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 6:48 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Malaysia kini perlu mengharapkan 'keajaiban' untuk mara ke separuh akhir Sukan SEA 2015 selepas kalah tipis 1-0 kepada juara bertahan, Thailand, pada aksi ketiga perlawanan kumpulan B di Stadium Bishan, di sini, Khamis.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu perlu mengharapkan agar dua pasukan teratas, Vietnam dan Thailand kalah dalam baki dua peringkat kumpulan.

Selain itu, Malaysia 'wajib' menang baki dua perlawanan iaitu menentang Brunei pada Isnin ini dan Laos, tiga hari kemudian sekiranya berhasrat mara ke peringkat separuh akhir edisi ke-28 temasya sukan dwitahunan berkenaan.

Pada aksi hari ini, jaringan kapten Sarach Yooyen pada minit ke-80 telah memperkasakan kedudukan Thailand ke separuh akhir.

Sebelum itu, skuad negara pantas menyerang kubu pasukan Thailand sebaik sahaja pengadil, Ma Ning dari China memulakan perlawanan.

Skuad negara berpeluang membuka tirai jaringan pada minit ke-13, namun kapten pasukan, Gary Steven Robbat gagal menyambar peluang berkenaan apabila sepakan tersasar walaupun hanya berhadapan dengan penjaga gol Thailand, Sae-Ear Chanin.

Kedua-dua pasukan terus saling mengasak kubu masing-masing bagi mencari gol pendahuluan namun ketumpulan penyudah menyaksikan keputusan berkenaan kekal sehingga berakhirnya separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Thailand ,yang memburu kemenangan ketiga pada kempen Sukan SEA kali ini, meningkatkan tempo permainan bagi mencari gol pendahuluan.

Malaysia berjaya mengimbangi perlawanan menerusi serangan balas pantas dan penyerang, Syahrul Azwari Ibrahim hampir meletakkan skuad negara di hadapan namun sepakan lencongnya pada minit ke-58 berjaya ditampan keluar oleh Chanin.

Bagaimanapun, kelekaan benteng pertahanan negara yang tidak mengawal pergerakan Sarach pada 10 minit terakhir perlawanan membawa padah apabila wira Thailand itu melepaskan sepakan kencang kaki kiri yang tepat ke penjuru kanan gol Malaysia.

Keputusan berkenaan kekal sehingga berakhirnya perlawanan.

Tags / Kata Kunci: Sukan SEA , Malaysia , Thailand

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan