Liverpool Sahkan Pemain England James Milner Kini Milik Mereka

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 6:54 PM

James Milner

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL telah mengesahkan bahawa pemain tengah Manchester City dan England, James Milner akan menyertai mereka secara percuma.

Pemain berusia 29 tahun itu memberi indikasi yang dia akan berpindah ke kelab lain selepas menolak perlanjutan kontrak bernilai £165,000 seminggu daripada City.

Dengan penolakan itu bermakna, Milner menjadi pemain bebas dan City tidak akan memperolehi apa-apa laba daripada perpindahannya.

Persetujuannya menyertai Liverpool memberi anjakan moral kepada Brendan Rodgers, selepas dia dikritik teruk selepas Liverpool mengakhiri persaingan Liga Perdana Inggeris di tangga keenam selepas muncul naib juara musim lalu.

Rodgers baru mendapat khabar berita gembira Selasa lalu selepas lembaga pengarah Liverpool memberi peluang dan kepercayaan kepadanya untuk terus memimpin kelab tersebut walaupun dia berhadapan dengan persembahan buruk sepanjang musim yang baru berakhir ini.

Kenyataan rasmi Liverpool menyebut: "Pasukan The Reds telah bersetuju terma-terma peribadi dengan pemain antarabangsa England, James Milner yang akan menyertai kelab ini secara percuma mulai 1 Julai nanti selepas kontraknya bersama Manchester City tamat secara rasmi pada tarikh tersebut."

Sepanjang lima tahun bersama City, Milner telah menjulang dua kejuaraan liga, Piala FA dan Piala Liga.

Dia juga telah terpilih mewakili pasukan kebangsaan England sebanyak 53 kali.

Sebelum menyertai City, Milner juga pernah bermain mewakili Leeds United, Newcastle United dan Aston Villa.

Tags / Kata Kunci: James Milner , Manchester City , Liverpool

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan