"Rasuah Fifa Bagai Runtuhan Salji Dahsyat" - Bekas Naib Presiden Fifa

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 7:21 PM

Ini buktinya...bekas Naib Presiden Fifa, Jack Warner menunjukkan salinan cek yang didakwanya bukti rasuah yang telah dilakukan oleh pegawai-pegawai atasan Fifa.

(Ubah saiz teks)

BEKAS Naib Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa), Jack Warner yang ditahan oleh pihak berkuasa negaranya, Trinidad atas dakwaan rasuah berikrar akan mendedahkan segala-galanya berhubung aktiviti rasuah dalam badan sukan bolasepak dunia itu yang disifatkannya bakal mengakibatkan 'runtuhan salji' yang dahsyat.

Malah beliau tidak menolak, apa yang bakal didedahkannya itu boleh mengancam nyawanya sendiri.

Menyatakan demikian dalam satu iklan televisyen pada malam Rabu, yang dipercayai dibiayai oleh parti politik yang diwakilinya iaitu Parti Liberal, Warner mendakwa yang dia memiliki dokumen dan bukti transisi cek yang mengaitkan pegawai tinggi Fifa dengan aktiviti rasuah.

Ini, katanya termasuklah presiden Fifa, Sepp Blatter, yang pada Selasa mengumumkan yang dia akan melepaskan jawatannya itu, tidak beberapa hari selepas dia memenangi semula kerusi tersebut untuk penggal kelima.

Menurut Warner, penglibatan Blatter adalah berkaitan dengan pilihan raya umum 2010 di negaranya, Trinidad dan Tobago.

Warner merupakan salah seorang daripada lebih 12 orang kakitangan dan pegawai tinggi Fifa yang didakwa oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat kerana terlibat dengan pemindahan wang haram serta rasuah melibatkan transisi wang berjumlah lebih AS$150 juta kesemuanya.

Warner yang dibebaskan atas ikan jamin bon dijangka akan dihantar ke Amerika Syarikat Julai ini untuk berhadapan dengan kesemua dakwaan tersebut.

"Walau dengan kematian sekali pun, tidak akan dapat menghalang pendedahan ini daripada berlaku...ia ibarat runtuhan salji yang dahsyat," ujarnya.

Menurut Warner, apa yang telah berlaku menyebabkan dia tidak dapat berdiam diri lagi.

Semua dokumen yang dapat membuktikan rasuah berlaku dalam organisasi Fifa katanya telah diserahkan kepada para peguamnya dan mereka akan mendedahkannya pada waktu dan masa yang sesuai.

Sebelum ini, ahli politik dan aktivis bolasepak itu mempersoalkan mengapakah hanya mereka dari dunia ketiga sahaja yang menjadi mangsa penangkapan dan penahanan berhubung skandal rasuah Fifa ini.

"Mana dalang-dalang besar yang lain lagi...termasuk presiden," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Jack Warner , Fifa , Trinidad & Tobago

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan