Rafael Benitez Pengurus Baru Real Madrid

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 5:40 PM

(Ubah saiz teks)

REAL MADRID mengesahkan Rafael Benitez sebagai pengurus baru pasukan itu selepas kontrak selama tiga tahun ditandatangani.

Pengurus berusia 55 tahun itu meninggalkan Napoli yang menduduki tempat kelima dalam liga selepas kontraknya tamat pada penghujung musim ini.

Benitez diumumkan sebagai pengurus Real Madrid secara rasmi pada sidang media, Rabu.

Benitez menggantikan Carlo Ancelotti yang dipecat oleh Madrid selepas gagal memenangi sebarang trofi musim ini.

Musim lalu pengurus kelahiran Itali itu membimbing Madrid untuk memenangi kejuaraan kesepuluh Liga Juara-Juara Eropah tetapi gagal untuk menyekat dominasi Barcelona musim ini.

Mengatasi Barcelona di Sepanyol dan juga di Eropah akan menjadi agenda utama bekas pengurus Liverpool itu.

Benitez memulakan kerier sebagai jurulatih akademi pasukan muda Madrid sebelum memenangi dua kejuaraan liga serta kejuaraan Liga Eropah bersama Valencia pada 2004.

Kejayaannya di Sepanyol telah menarik perhatian Liverpool yang mendapatkan khidmatnya untuk menggantikan Gerard Houllier.

Benitez berjaya membimbing Liverpool untuk memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah semasa musim pertamanya dan kemudian memenangi Piala FA pada musim seterusnya.

Pengurus kelahiran Sepanyol itu juga sekali lagi memenangi kejuaraan Liga Eropah bersama Chelsea dan kejuaraan Coppa Italia bersama Napoli.

Benitez menjadi pengurus Madrid yang kelapan dalam tempoh 10 tahun.

Tags / Kata Kunci: Real Madrid

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan