Putera Ali, Michel Platini Antara Pengganti Blatter

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 8:09 AM

(Ubah saiz teks)

PUTERA Ali al-Hussein dan Presiden UEFA, Michel Platini merupakan antara dua nama yang disebut akan menggantikan Sepp Blatter selepas presiden Fifa itu melepaskan jawatannya pada Selasa.

Dalam pemilihan pimpinan tertinggi Fifa empat hari lalu, Putera Ali, yang merupakan adik kepada Raja Jordan, Raja Abdullah, tewas kepada Blatter dalam persaingan dua penjuru.

Blatter dipilih semula bagi penggal kelima walaupun pimpinannya ditahan pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Switzerland kerana terlibat dalam skandal rasuah memalukan dunia.

Daily Mail melaporkan, Putera Ali mampu diangkat menggantikan Blatter apabila hanya beliau berani mencabar Blatter meskipun pernah menjawat jawatan naib presiden sebelum ini.

Puteri Ali yang merupakan presiden Persatuan Bola Sepak Jordan juga pengasas dan presiden bagi Persekutuan Bola Sepak Asia Barat.

Sementara itu, Platini pula merupakan lagenda bola sepak sepanjang masa apabila pernah mewakili Juventus dan memenangi Piala Eropah dan Serie A sebanyak dua kali.

Selepas menamatkan karier sebagai pemain, bintang bola sepak Perancis itu mengambil tempat dalam dunia pengurusan sebelum dipilih sebagai presiden UEFA.

Platini juga merupakan pemimpin yang sering mengkritik pimpinan Fifa yang diketuai Blatter khususnya dalam memilih Rusia dan Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia 2018 dan 2022.


Tags / Kata Kunci: Fifa , Perancis , Jordan

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan