England Tuan Rumah Piala Dunia 2018? - Bola Sepak | mStar

England Tuan Rumah Piala Dunia 2018?

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 6:28 PM

(Ubah saiz teks)

ENGLAND dilihat sebagai negara pilihan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018 sekiranya Rusia dilucutkan daripada mengajur kejohanan tersebut berikutan perletakkan jawatan oleh Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Sepp Blatter.

Blatter yang berkhidmat sebagai presiden selama 17 tahun, mempengerusikan pemberian dua edisi Piala Dunia kepada Rusia dan Qatar sebagai tuan rumah kini telah mengumumkan perletakkan jawatannya pada Selasa.

Pengumuman tersebut dibuat semasa tuduhan yang serius mengenai rasuah berkaitan dengan pemberian kejohanan itu tersebar luas dan ini meningkatkan lagi spekulasi bahawa Rusia dan Qatar boleh dilucutkan hak sebagai tuan rumah.

Setakat ini tiada cadangan dibuat untuk mengubah lokasi bagi dua edisi Piala Dunia akan datang dan Pengarah Komunikasi Fifa, Walter de Gregorio menyatakan kejohanan Piala Dunia pada 2018 dan 2022 akan diadakan di Rusia dan Qatar walaupun selepas penangkapan pegawai tertinggi Fifa dilakukan di Switzerland minggu lalu.

Bagaimanapun desakan terhadap keputusan itu untuk ditukar mungkin akan meningkat selepas Blatter dipaksa meletak jawatan dan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Inggeris, Greg Dyke berkata negara yang dilantik sebagai tuan rumah perlu berasa bimbang.

Pemimpin yang gagal menjadikan England sebagai tuan rumah Piala Dunia 2018, Simon Johnson berkata soalan-soalan mengenai proses pembidaan ini akan sentiasa diajukan.

"Mari kita lihat sama ada kepimpinan baru atau kepimpinan sementara akan membuat apa-apa tindakan untuk menyelesaikan masalah ini.

"Saya mahu fakta penuh mengenai bidaan diketahui dan sekiranya terdapat keadilan dan ketelusan dalam proses tersebut maka ia dijalankan dengan baik.

"Tetapi sekiranya terdapat unsur yang tidak betul dalam mana-mana aspek, mereka perlu menilai semula untuk membuat proses baharu bagi memilih tuan rumah bagi kejohanan Piala Dunia," kata Johnson.

Johnson memberitahu, Piala Dunia 2018 akan diteruskan di Rusia kerana cabutan awal akan dibuat beberapa minggu lagi dan terlalu lewat untuk mengubahnya.

"Tetapi Piala Dunia 2022 akan menjadi perkara lain dan saya berharap kepimpinan baharu akan melihat semula proses bidaan," katanya lagi.

Sekiranya pemilihan semula dibuat bagi edisi Piala Dunia yang akan berlangsung tiga tahun lagi, England dilihat sebagai pilihan utama untuk menjadi tuan rumah.

Tags / Kata Kunci: Piala Dunia , Rusia , Fifa
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan