De Gea Tinggalkan Man United Julai ini - Real Madrid

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 8:35 AM

(Ubah saiz teks)

REAL MADRID yakin David de Gea akan meninggalkan Manchester United untuk menyertai kelab mewah itu pada Julai ini.

Daily Mail yang memetik sumber melaporkan, dua mesyuarat penting telah dilakukan pada minggu ini mengenai polisi pemindahan dan telah disahkan oleh Presiden Real Madrid, Florentino Perez bahawa De Gea akan menyertai mereka.

Penjaga gol nombor satu United itu dilapor akan meninggalkan Old Trafford menerusi yuran pemindahan bernilai £25 juta.

Bagaimanapun United dikatakan masih berusaha untuk mengekalkan De Gea di Old Trafford, termasuk menawarkan gaji sebanyak £200,000 seminggu.

Jika De Gea menerimanya, dia bakal tampil sebagai penjaga gol yang menerima gaji tertinggi dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Media England sebelum ini melaporkan bahawa teman wanita De Gea iaitu Edurne Garcia mempengaruhi penjaga gol berkenaan untuk meninggalkan Manchester berikutan faktor kedudukan bandar itu yang jauh dari kota London.

Edurne selain itu turut mengutuk persekitaran Manchester sehingga dia dipanggil menghadiri program bersama pihak berkuasa tempatan.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Real Madrid

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan