Gara-Gara Meludah, Nazmi Faiz Digantung 6 Perlawanan Oleh AFC

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2015 6:36 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Pemain tengah skuad Bawah 23 (B-23) negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor sah terlepas baki saingan acara bola sepak pada temasya Sukan SEA 2015 yang sedang berlangsung di Singapura.

Pemain Selangor itu yang sebelum ini digantung dua perlawanan, terpaksa menempah 'tiket awal' pulang ke tanahair. Ia berikutan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Konfederasi BolaSepak Asia (AFC) mengenakan penggantungan enam perlawanan akibat kesalahan meludah pemain Timor Leste pada aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Bishan,Singapura, Sabtu lepas.

Hukuman berkenaan disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi entri terbarunya di laman Facebook, hari ini.

"Rasmi: J/kuasa Tatatertib AFC memutuskan Nazmi Faiz Mansor digantung enam perlawanan kerana meludah pemain Timor Leste Sabtu lalu," demikian menurut FAM.

Tindakan Muhammad Nazmi Faiz meludah pemain Filipe Oliveira pada minit ke-31 perlawanan menyebabkan beliau dibuang padang oleh pengadil, Chuan Hui Foo dari Singapura, sekali gus menjejaskan rentak skuad negara yang terpaksa bermain dengan 10 pemain.   

Pada perlawanan tersebut, skuad Harimau Muda bimbingan Datuk Ong Kim Swee sekadar menang tipis 1-0 hasil jaringan D. Saarvindran pada minit ke-11.

Tags / Kata Kunci: Nazmi Faiz , digantung 6 perlawanan , ludah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan