Man United Yakin Dapatkan Dani Alves

Diterbitkan: Selasa, 2 Jun 2015 9:39 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United percaya mereka berada dalam kedudukan terbaik bagi mendapatkan Dani Alves dari Barcelona apabila Louis van Gaal ingin menandatangani pertahanan kanan baharu.

Alves merupakan pemain bebas dari kontrak pada Julai ini dan Barcelona sedia melepaskan pemain berusia 32 tahun itu apabila mereka mengharungi perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah pada Sabtu di Berlin.

Paris Saint-Germain (PSG) turut berminat mendapatkan Alves walaupun jurulatihnya Laurent Blanc percaya pemain itu akan kekal di Barcelona.

Pandangan pelbagai pihak juga yakin Alves akan ke Old Trafford kerana pemain itu tidak menyatakan hasrat untuk menyertai PSG.

Van Gaal kini meletakkan kepentingan untuk mendapatkan seorang pemain pertahanan kanan dan tonggak yang agak berusia itu mampu mengisi kekosongan tersebut menerusi pemindahan percuma.

Alves yang juga pemain pertahanan Brazil kini menerima gaji sebanyak £120,000 seminggu - jumlah itu mampu diberikan United jika dia dapat memperbaiki permainan seperti yang dituntut.

Van Gaal kini perlu membina skuad yang lebih baik kerana pemilik kelab, Glazer serta Ketua Eksekutif United, Ed Woodward mahukan gelaran juara Liga Perdana Inggeris selain Piala FA dan Liga Juara-juara Eropah. - theguardian.com

Tags / Kata Kunci: Barcelona , Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan