Harimau Muda Jangan Lakukan Tindakan Bodoh - KJ

Diterbitkan: Ahad, 31 Mei 2015 11:40 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengingatkan pemain Harimau Muda tidak melakukan tindakan bodoh yang boleh menjejaskan prestasi mereka ketika beraksi dalam perlawanan.

Mengulas mengenai Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang dibuang padang kerana meludah pemain lawan ketika menentang Timor Leste pada aksi pertama Kumpulan B Sukan SEA 2015 di Singapura pada Sabtu, katanya insiden tersebut amat dikesali.

"Pemain-pemain kita mestilah tahu apabila mereka bertindak seperti semalam (Sabtu), bukan hanya dapat kad merah dan sebagai individu tidak dapat sambung permainan tetapi yang lebih penting mereka akan mengecewakan pasukan sendiri dan negara.

"Bermain tanpa seorang pemain itu satu kelemahan dalam pasukan dan walaupun Harimau Muda itu pemain muda namun usia muda tidak bermaksud bahawa awak bodoh," tegasnya.

Khairy ditemui pemberita selepas menyertai lebih 10,000 peserta dalam acara larian TM Malaysia Fun Run anjuran Telekom Malaysia Bhd sebagai tanda sokongan buat atlet kebangsaan yang akan beraksi pada Sukan SEA ke-28 di Singapura dari 5 hingga 16 Jun.

Dalam perlawanan di Stadium Bishan malam tadi, susulan kehilangan seorang pemain kerana dibuang padang, pasukan Malaysia mempamerkan aksi tempang dengan 10 pemain dan hanya menang tipis 1-0 ke atas Timor Leste.

Khairy turut menggesa skuad Harimau Muda memperkemas mutu persembahan mereka untuk berdepan pasukan Vietnam dan Thailand pada perlawanan akan datang yang dijangka memberi tekanan lebih hebat berbanding Timor Leste.

"Saya harap pemain-pemain kita dan jurulatih Datuk Ong Kim Swee dapat mengambil iktibar daripada perlawanan semalam dan mengurangkan kesilapan untuk tunjukkan aksi sebenar.

"Saya yakin semalam bukanlah aksi sebenar Harimau Muda dan yakin mereka dapat pamerkan aksi yang lebih baik daripada semalam," katanya.

Tags / Kata Kunci: Harimau Muda , SEA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan