Barcelona Juarai Copa Del Rey

Diterbitkan: Ahad, 31 Mei 2015 7:27 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS menjulang trofi La Liga Sepanyol, Barcelona kini memegang gelaran kedua pada musim 2014/15 apabila menjuarai Copa del Rey.

Kejayaan Barcelona terhasil selepas pasukan itu menewaskan Athletic Bilbao pada perlawanan akhir, awal pagi Ahad.

Barcelona beruntung kerana perlawanan akhir itu berlangsung di kubu kuat mereka iaitu stadium Camp Nou dan ia menjadikan pasukan itu lebih mudah mengatasi lawan.

Sejak permulaan babak pertama, skuad di bawah bimbingan pengurus Luis Enrique ini dilihat jelas mendominasi penguasaan bola.

Walaupun tampil begitu dominan, Barcelona hanya mampu mempamerkan keunggulan mereka dengan jaringan pertama pada minit ke-20.

Hasil jaringan itu pastinya menerusi aksi bintang kelab itu, Lionel Messi yang berjaya membolosi gawang pihak lawan.

Keunggulan Barcelona terus meningkat terutama pada minit ke-36 dan kali ini giliran Neymar mencatatkan namanya di papan skor.

Messi nyaris menghasilkan  gol ketiga buat Barcelona pada minit ke-44 namun gagal. Akhirnya babak pertama melabuhkan tirai dengan jaringan 2-0 untuk Barcelona.

Menerusi babak kedua pula keadaan tidak berubah apabila Barcelona masih menguasai permainan.

Messi menambah gol buat pasukannya pada minit ke-73, hasil umpanan Dani Alves, untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Pasukan pelawat bagaimanapun akhirnya mendapat gol tunggal pada minit ke-79 daripada Inaki Williams.

Sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan, Barcelona bergelar juara Copa del Rey menerusi tiga jaringan di mana dua daripadanya sumbangan Messi.


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan