The Reds Perlu Tawar £15 Juta Untuk Pikat Clyne

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mei 2015 2:17 PM

Nathaniel Clyne

(Ubah saiz teks)

KELAB di tangga keenam Liga Perdana Inggeris, Liverpool perlu membayar £15 juta (RM83 juta) sekiranya ingin mendapatkan pemain kanan Southampton, Nathaniel Clyne, demikian lapor media tempatan Liverpool Echo.

The Reds kini sedang mempertimbangkan langkah seterusnya apabila tawaran permulaan terhadap pemain England itu berjumlah £10 juta (RM55 juta) ditolak.

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers berminat terhadap Clyne dan meyifatkan pemain berusia 24 tahun itu sebagai pengganti paling sesuai kepada Glen Johnson, yang akan meninggalkan Anfield pada musim panas ini.

Bagaimanapun, Pengarah Bola Sepak Southampton, Les Reed tidak akan berputus asa untuk meyakinkan Clyne supaya menandatangani kontrak baharu supaya kekal dengan kelab itu.

Malahan, pasukan itu turut menganggarkan Clyne bernilai kira-kira £20 juta (RM110 juta).

Bagaimanapun, Clyne berada di tahun akhir perjanjian kontrak bersama Southampton dan sekiranya dia memberitahu ingin menyertai Liverpool, maka Southampton dengan berat hati terpaksa melepaskan pemain tersebut, dengan pembayaran pemindahan £15 juta (RM83 juta) daripada mengalami kerugian pada 2016.

Selain itu, Clyne adalah pemain yang mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang bersama Southampton, malahan melangkaui jangkaan dengan membawa pasukannya ke tangga ketujuh dibawah Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris, dengan perbezaan dua mata dibelakang.

Pemain tersebut turut menjaringkan tiga gol sepanjang 42 perlawanan, termasuk menyumbang satu gol ketika menentang Liverpool, Ogos lalu.

Sebelum ini, Manchester United juga dikatakan berminat untuk mendapatkan Clyne.

Tambah lagi, jika perpindahan itu berlaku, Clyne akan menjadi pemain keempat Southampton yang dibeli Liverpool dalam tempoh 12 bulan selepas melabur sebanyak £48 juta (RM268 juta) terhadap Adam Lallana, Dejan Lovren dan Rickie Lambert. 


 

Tags / Kata Kunci: Clyne , Southampton , The Reds

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan