Ferdinand Umum Persaraan Sebagai Pemain

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mei 2015 9:19 PM

(Ubah saiz teks)

BEKAS kapten England, Rio Ferdinand mengumumkan persaraannya dalam aksi bola sepak.

Bekas pemain pertahanan West Ham, Leeds dan Manchester United ini menghabiskan sisa kariernya sebagai pemain bersama kelab Queens Park Rangers (QPR) musim lalu.

Ferdinand,36, memberitahu BT Sports bahawa dia telah membuat keputusan untuk bersara.

Keputusan tersebut dibuat selepas Ferdinand gagal menempatkan diri secara tetap dalam skuad utama ketika bersama QPR malah kelab tersebut telah tersingkir daripada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Ferdinand yang turut menempuhi saat sedih selepas kematian isterinya, Rebecca Ellison 1 Mei lalu tidak hadir ketika aksi terakhir saingan liga yang tamat minggu lalu.

Tags / Kata Kunci: Rio Ferdinand , Bersara

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan