Malaysia Perlu Persediaan Rapi Hadapi Kelayakan Piala Dunia - Pele

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mei 2015 9:13 PM

Pele (kiri) dan Oscar. -foto THE STAR/IZZRAFIQ ALIAS

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain Kebangsaan dinasihatkan supaya membuat persediaan yang rapi dalam menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia.

Lagenda Brazil, Pele berkata persediaan yang rapi dapat membantu pasukan kebangsaan dalam memghadapi setiap perlawanan.

"Pasukan Malaysia perlu bersedia dalam menghadapi apa-apa perlawanan lebih-lebih lagi perlawanan penting seperti kelayakan piala dunia.

"Mereka juga perlu percaya dengan kemampuan diri mereka kerana itu juga penting dalam menghadapi perlawanan besar," katanya.

Dalam perkembangan lain, Pele, 74, yang pernah membantu Brazil menjuarai Piala Dunia sebanyak tiga kali memberitahu, dia memilih untuk menjadi duta kepada produk 100 Plus kerana kempen ini memberi manfaat kepada generasi muda.

"Saya pernah ditawar untuk menjadi duta kepada jenama-jenama alkohol dan rokok tetapi menolak kerana saya mahu menjadi contoh yang baik kepada orang ramai.

"Apabila pihak 100 Plus menerangkan kepada saya mengenai kebaikan produk mereka kepada orang ramai, saya membuat keputusan untuk menerima tawaran mereka," katanya lagi.

Bintang Chelsea, Oscar, 23, yang turut tampil sebagai duta 100 Plus berkata Pele menjadi inspirasinya sebelum dia bergelar pemain bola sepak profesional.

"Beliau bukan sahaja menjadi inspirasi kepada saya malah merupakan inspirasi kepada ramai orang di seluruh dunia.

"Dia menjadi inspirasi kepada ramai pemain kerana dia merupakan contoh yang baik di dalam dan di luar padang," kata pemain Brazil itu.

Sementara itu, 100Plus turut memberi tajaan lebih RM2 juta kepada Kementerian Belia dan Sukan bagi menyokong program Bola Sepak Kebangsaan.

Malaysia berdepan laluan sukar selepas diundi dalam Kumpulan B bersama juara bertahan Thailand, Vietnam, Laos, Brunei dan Timor Leste.

Selepas menentang Timor Leste, skuad negara akan bertemu Vietnam (2 Jun); Thailand (4 Jun); Brunei (8 Jun) sebelum menamatkan aksi peringkat kumpulan berdepan Laos pada 11 Jun.

Kesemua perlawanan Kumpulan B berlangsung di Stadium Bishan manakala aksi Kumpulan A yang melibatkan tuan rumah Singapura, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Kemboja di Stadium Jalan Besar.

Tags / Kata Kunci: Pele , Oscar , duta 100 Plus

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan