Sukan SEA: Ong Kim Swee Sedia 'Bertempur'

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mei 2015 12:56 PM

Kim Swee (kanan) bersama pemain-pemainnya ketika sesi latihan di ITE College Sports Complex, Singapura pada Khamis: Foto: S.S.KANESAN/The Star

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cabaran kontinjen Malaysia dalam aksi Sukan SEA di Singapura bermula dengan aksi skuad bola sepak Bawah 23 tahun (B23) negara bertemu pasukan Timor Leste bagi saingan Kumpulan B pada Sabtu ini di Stadium Bishan.

Ketua jurulatih B23 negara, Datuk Ong Kim Swee pastinya menjadi tumpuan dalam mengadun ramuan terbaik untuk mengutip kemenangan pertama yang penting buat pemain-pemain.

"Saya sedar acara bola sepak pastinya akan menjadi tajuk utama dan sudah pasti saya akan cuba yang terbaik mencorakkan pemain-pemain ketika perlawanan Sabtu ini.

"Dalam masa sama saya akui pasukan kita akan berdepan dengan saingan sukar daripada Thailand dan Vietnam, namun saya tidak mahu terlalu fokus kepada dua pasukan ini sahaja kerana pasukan-pasukan lain juga mempunyai kelebihan tersendiri.

"Apa yang penting sekarang ialah, kami mahu beri tumpuan kepada perlawanan pertama dahulu dan berharap semua pemain bermain bersunguh-sungguh sebelum mencatat kemenangan.

"Tidak ada masalah sekiranya semua pemain mengikut strategi dan perancangan yang telah ditetapkan.

"Menang perlawanan pertama mampu meningkatkan lagi motivasi pemain-pemain untuk melakukan yang lebih baik pada perlawanan seterusnya," jelas pengendali berusia 44 tahun itu.

Selepas aksi bertemu Timor Leste, skuad B23 negara bakal diuji dengan  pasukan Vietnam (2 Jun), seterusnya juara bertahan Thailand (4 Jun) , Brunei (8 Jun) dan Laos pada 11  Jun.

Kim Swee dipertanggungjawabkan membawa balik 'ibu emas' yang dimenangi skuad negara dua tahun berturut-turut sebelum ini (2009, 2011) selepas gagal pada aksi 2013 setelah tewas 2-1  kepada Singapura ketika aksi penentuan tempat ketiga di Myanmar.

Tags / Kata Kunci: Sukan Sea , B23 , Ong Kim Swee

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan