Khairy Ingatkan FAM Jangan Terlibat Skandal Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mei 2015 10:54 PM

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menerima replika cek daripada Pengarah Urusan F&N Beverages, Khalid Alvi (kiri) selepas Perasmian Kempen 100Plus "Yang Hebat Dahagakan Cabaran" di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Jumaat. Turut hadir pemain Chelsea Oscar dos Santos (dua,kanan) dan pemain legenda Brazil Pele (dua,kiri). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diingatkan supaya sentiasa menjaga integriti serta imej bola sepak negara dan tidak terlibat dalam skandal rasuah.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa rasuah adalah perbuatan yang memalukan serta merosakkan imej bola sepak sesebuah negara.

"Perkara ini bukan sahaja memalukan tetapi akan merosakkan imej bola sepak negara. Kita perlu mengambil serius dan paling penting, FAM hindar daripada terlibat dalam rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri kempen 'Yang Hebat Dahagakan Cabaran' oleh 100Plus di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Jumaat.

Khairy mengulas kemelut melibatkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang kini di ambang krisis selepas pihak berkuasa Switzerland menahan tujuh eksekutifnya termasuk seorang naib presiden FIFA atas dakwaan rasuah dan pelbagai kesalahan lain yang melibatkan wang berjumlah berjuta-juta dolar Amerika.

Terdahulu, Khairy menerima tajaan lebih RM2 juta daripada 100Plus kepada Kementerian Belia dan Sukan bagi menyokong Program Bola Sepak Kebangsaan, pada majlis yang turut menampilkan legenda bola sepak dunia, Pele.
Tags / Kata Kunci: FAM , FIFA , skandal rasuah

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan