Skandal Fifa: Perebutan Dua Penjuru Kerusi Presiden Tetap Diteruskan

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2015 1:40 PM

Tujuh individu yang ditahan berikutan disyaki terbabit dengan rasuah FIFA. Dr kiri atas: Rafael Esquivel, Nicolas Leoz, Jeffrey Webb, Jack Warner, Eduardo Li, Eugenio Figueredo dan Jose Maria Marin.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS penahanan beberapa pegawai Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dalam dua siasatan berbeza, persoalan mengenai masa depan badan induk bola sepak dunia itu lebih 'hangat' diperkatakan menjelang pengundian presiden pada Jumaat ini.

Ia bermula dengan serbuan di sebuah hotel lima bintang, Baur Au Lac di Zurich yang menyaksikan tujuh orang pegawai termasuk Jeffrey Webb dan bekas naib presiden Fifa, Jack Warner bersama lima eksekutif pemasaran berikutan konspirasi, kegiatan haram dan rasuah sejak awal tahun 1990-an sehingga hari ini.

Penahan tersebut dilakukan oleh pegawai polis Switzerland bahagian jenayah komersial yang mewakili pihak FBI.

Mereka yang ditahan berkumpul di bandaraya Swiss bagi menghadiri Kongres Fifa pada Jumaat namun kini akan diekstradisi ke Amerika Syarikat bagi menjalani siasatan.

Dalam masa sama, tuduhan jenayah turut dilakukan terhadap 10 individu yang mengambil bahagian dalam pengundian tuan rumah untuk Piala Dunia 2018 dan 2022 yang menimbul ketelusan pembidaan.

Semua barang elektronik dan dokumen yang diambil dari pejabat Fifa kini disita dan menganggap sebagai 'koleksi bahan bukti berdasarkan kerjasama'.

Webb merupakan presiden Konfederasi Amerika Tengah dan Persatuan Bola Sepak Carribbean (Concacaf).

Menurut New York Times, Jack Warner juga ditahan bersama Eugenio Figueredo (bekas naib presiden Fifa) berusia 89 tahun dari Persatuan Bola Sepak Uruguay dan Eduardo Li (presiden Bola Sepak Costa Rica).

Sementara itu, jurucakap Fifa Walter de Gregorio telah mengadakan sidang media tergembar bagi menjelaskan bahawa Sepp Blatter (presiden sekarang) tidak terlibat dalam sebarang aktiviti rasuah.

"Presiden tidak terlibat, bagaimana kamu boleh cakap beliau meletak jawatan?

"Beliau seorang presiden, jika beliau dipilih lagi, Blatter akan terus menjadi presiden untuk tempoh empat tahun akan datang," ujar De Gregoria.

Jelas De Gregoria lagi, Piala Dunia 2018 dan 2022 akan berjalan seperti yang dijadualkan di Rusia dan Qatar malah pemilihan presiden juga tetap diadakan pada Jumaat ini.

Tambahnya, berita tersebut merupakan sesuatu yang 'baik' untuk Fifa.

"Kamu tidak percaya tetapi saya jelaskan sekali lagi bahawa ia berita baik untuk Fifa. Tidak baik buat imej dan reputasi Fifa, tetapi baik dalam maksud 'pembersihan'.

"Fifa mengalu-alukan siasatan rapi bagi kegiatan rasuah dan mencari individu yang terlibat dari akar umbi," tambahnya.

De Gregoria berkata, proses pengundian merebut kerusi utama presiden melibatkan dua penjuru, Sepp Blatter dan Prince Ali bin al- Hussein dari Jordon.

Tags / Kata Kunci: FIFA , rasuah

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan