Pemain B-13 PPBN Berentap Di Eropah

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2015 2:20 PM

Barisan pemain-pemain BAwah 13 Tahun PPBN yang menyertai Jelajah Eropah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seramai 24 pemain Bawah 13 tahun Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) bakal berangkat ke Jerman bagi menyertai porgram Jelajah Eropah bermula 29 Mei hingga Julai ini.

Pengarah Teknikal PPBN, Lim Teong Kim berkata, pemain-pemain muda ini akan didedahkan dengan perlawanan persahabatan malah turut menyertai dua kejohanan.

"Kami akan berada di Jerman selama lima minggu, dua minggu di Sepanyol dan seminggu di Portugal.

"Pemain-pemain berada di Munich, Madrid dan Sevilla untuk beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pasukan remaja di sana.

"Mereka juga akan menyertai Piala Iber Costa Del Sol (22-27Jun) dan Piala Iber Estoril (30Jun- 5 Julai).

"Ia merupakan pendedahan awal pemain-pemain kita dalam misi persiapan ke Piala Dunia Remaja 2019," jelasnya yang akan terbang ke Jerman pada Khamis malam.

Dalam pada itu, Teong Kim berharap Jelajah Eropah ini akan digunakan sebaik-baiknya oleh pemain-pemain Malaysia dan menggunakan ilmu yang pelajari ketika mengikuti PPNB sejak tahun lalu.

Selain pemain, seramai 16 jurulatih PPBN turut menyertai Jelajah Eropah ini sekaligus turut memberi  manfaat mengenai ilmu kejurulatihan kepada mereka.

Tags / Kata Kunci: PPNB , Lim Teong Kim , Jelajah Eropah

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan