Penyokong Arsenal Paling Gemuk, 412 Kg - Bola Sepak | mStar

Penyokong Arsenal Paling Gemuk, 412 Kg

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2015 8:17 AM

(Ubah saiz teks)

KETIKA penyokong Arsenal lain di Britain tidak melepaskan peluang untuk hadir ke setiap stadium bagi menyaksikan pasukan kesayangan mereka, namun ia tidak bagi Carl Thompson.

Meskipun menggelar dirinya sebagai peminat nombor satu Arsenal, namun dia tidak berdaya untuk menyaksikan pemain kelab itu beraksi secarang langsung di stadium.

Hal ini kerana, Carl, 32, merupakan penyokong Arsenal paling gemuk di Britain dengan seberat 412 kilogram.

Dengan seberat itu, Carl tidak mampu untuk duduk apatah lagi berjalan memasuki Stadium Emirates.

Penyokong Arsenal paling gemuk di dunia itu juga mengambil sebanyak 10,000 kalori setiap hari, kebanyakkan daripada roti kegemaran.

Carl menjadi gemuk dan sukar dikawal pemakanannya ketika bekerja di kilang makanan pada usia 17 tahun.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Gemuk

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan