Menang Bergaya 5-0, JDT Ke Suku Akhir AFC

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2015 7:04 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) layak ke suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas mengalahkan kelab Myanmar, Ayeyawady United 5-0 di dalam saingan pusingan kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini, Rabu malam.

Beraksidi hadapan 16,850 penyokong, JDT menurunkan kedua pemain import iaitu Jorge Rolando Pereyra Diaz dan Luciano Gabriel Figueroa untuk menguatkan jentera serangan bersama pemain lain.

Strategi nyata berkesan apabila seawal minit kedua, kapten pasukan Harimau Selatan itu, Safiq Rahim berjaya meledakkan gol pertama menerusi rembatan kencang selepas menyambut hantaran Figueroa.

Ayeyawady cuba merapatkan jurang pada minit ke-14 namun hantaran silang pemain tengahnya, Sim Woon Sub gagal dimanfaatkan Naumov Riste dan bola tersasar ke tepi tiang gol.

Pada minit ke-20 pula, pemain tengah JDT, Mohd Nazrin Mohd Nawi cuba untuk menambahkan jaringan namun rembatannya juga sekadar tersasar tiang gol.

Pada babak kedua, JDT tidak memerlukan masa yang lama untuk menjaringkan gol kedua, hasil rembatan kencang Figueroa yang gagal ditepis penjaga gol Ayeyawady, Vanlai Hruai pada minit ke-42.

Keputusan membuatkan kelab Myanmar itu lebih tertekan, sebelum mereka dikejutkan lagi dengan dua jaringan daripada Diaz pada minit ke-60 dan 73.

Di saat perlawanan memasuki masa tambahan pada minit ke-90, Figueroa sempat menghadiahkan gol kelima buat JDT dan keputusan kekal sehingga wisel penamat.

Tags / Kata Kunci: JDT , AFC

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan