Dollah Salleh Akan Gugur Lima Pemain

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh akan menggugurkan lima daripada 38 pemain yang dipanggil selepas perlawanan persahabatan menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam di sini, pada 6 Jun ini.

Beliau berkata setiap pasukan boleh mendaftar maksimum 33 pemain untuk pusingan kelayakan Piala Dunia 2018, yang turut menjadi pusingan kelayakan Piala Asia 2019.

Pada saingan kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Timor Leste dan Palestin dengan kedua-dua perlawanan akan diadakan masing-masing pada 11 dan 16 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Saya akan mengekalkan semua pemain tempatan yang bermain malam ini serta pemain lain daripada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang akan melaporkan diri selepas tugas mereka selesai pada Piala AFC," katanya.

Dollah berkata demikain kepada pemberita selepas skuad Pilihan Malaysia kalah 2-1 kepada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Tottenham Hotspur pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam di sini, Rabu malam.

Mengenai perlawanan dengan Spurs, beliau memuji anak buahnya yang menampilkan persembahan hebat pada babak pertama.

Bagaimanapun, beliau mengakui kelab tersohor itu bermain dengan bagus.

Sementara itu, Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino berkata beliau kagum dengan kehadiran begitu banyak peminat kelab itu di Malaysia.

"Saya harap kita dapat kembali semula ke Malaysia kerana peminat kami di sini memang hebat," katanya.

Tottenham Hotspur, yang tiba pada Selasa setelah beraksi dalam perlawanan akhir EPL mereka menentang Everton FC pada Ahad, akan berlepas ke Australia esok untuk menentang pasukan A-League, Sydney FC, di the Stadium ANZ di Sydney, Sabtu ini.

Tags / Kata Kunci: Harimau Malaya , Piala Dunia

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan