Casillas Cadang Real Madrid Dapatkan De Gea

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2015 8:01 AM

(Ubah saiz teks)

IKER CASILLAS mendedahkan bahawa dia yang mencadangkan agar Real Madrid mendapatkan David De Gea sebagai penggantinya di kelab gergasi itu pada musim depan.

Casillas mendakwa, cadangan itu diberikan kepada Presiden Real Madrid, Florentino Perez ketika ditanya tentang penggantinya.

"Florentino bertanya, jika kami ingin dapatkan penjaga gol, siapakah yang akan saya ambil.

"Saya cadangkan penjaga gol kelahiran Sepanyol seperti Sergio Rico, Asenjo dan David De Gea. Ternyata De Gea antara yang terbaik di kalangan tiga nama itu," kata penjaga gawang Real Madrid berkenaan.

De Gea yang pernah mewakili Atletico Madrid berhijrah ke Manchester United dan menghadapi masa sukar.

Bagaimanapun, dia diangkat sebagai antara penjaga gol terbaik dunia pada musim ini selepas beraksi cemerlang di bawah kendalian Louis van Gaal.

Berikutan itu juga, De Gea menjadi buruan Real Madrid yang mahu mendapatkan penjaga gol baharu bagi menggantikan Casillas.

Tags / Kata Kunci: David De Gea , Real Madrid

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan