Bayern Munich Mahukan Di Maria, Man United Tuntut £59.7 Juta - Bola Sepak | mStar

Bayern Munich Mahukan Di Maria, Man United Tuntut £59.7 Juta

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2015 10:49 AM

(Ubah saiz teks)

BAYERN Munich mahu mendapatkan Angel Di Maria, tetapi Manchester United menuntut yuran pemindahan sebanyak £59.7 juta bagi menampung kos yang dikeluarkan untuk membeli pemain itu pada tahun lalu.

Mirror Sports melaporkan, Bayern kini menyertai Paris Saint-Germain (PSG) untuk bersaing mendapatkan Di Maria selepas United membuka 'pintu' kepada pihak yang ingin membida pemain Agentina berkenaan.

Kelab gergasi Jerman itu juga dikatakan mampu membayar lebih untuk Di Maria berbanding PSG yang dikawal kewangan mengikut FFP.

Selain Di Maria, Bayern juga dilapor mahu mendapatkan Kevin De Bruyne dari Wolfburg dan Raheem Sterling.

Di Maria yang melakukan 32 penampilan bersama United difahamkan ingin kembali ke Sepanyol jika meninggalkan Old Trafford kerana tidak dapat menyesuaikan hidup dengan keadaan di England.

Pemain itu juga dilapor telah mengecewakan pengendali United, Louis Van Gaal kerana gagal membantu skuad tersebut meskipun pembeliannya memecah rekod di Britain.


 

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Bayern Munich

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan