Tujuh Pegawai Tinggi Fifa Ditahan Atas Dakwaan Rasuah

Diterbitkan: Rabu, 27 Mei 2015 6:39 PM

Jeffrey Webb, Naib Presiden Fifa adalah antara tujuh yang ditahan pihak berkuasa Switzerland atas dakwaan rasuah melibatkan wang berjumlah berjuta-juta dolar Amerika.

(Ubah saiz teks)

ZURICH: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa atau Fifa kini diambang krisis selepas pihak berkuasa Switzerland menahan tujuh orang eksekutifnya termasuk seorang naib presiden Fifa atas dakwaan rasuah dan pelbagai kesalahan lain yang melibatkan wang berjumlah berjuta-juta dolar Amerika.

Serbuan dan tangkapan itu berlaku pada awal pagi Rabu di sebuah hotel lima bintang di sini yang memang popular dengan eksekutif Fifa.

Pihak berkuasa Switzerland berkata, mereka melakukan penangkapan itu atas permintaan Biro Siasatan Persekutuan Amerika (FBI).

Dan pada masa yang sama mereka sendiri sedang menyiasat beberapa kes rasuah yang berlainan melibatkan pegawai-pegawai tinggi Fifa berkenaan.

Berikut adalah fakta mengenai insiden terbaru ini;

> Jabatan Undang-Undang Amerika Syarikat mengumumkan nama tujuh pegawai tinggi Fifa yang ditahan itu. Mereka ialah Jeffrey Webb, Eduardo Li, Julio Rocha, Costas Takkas, Eugenio Figueredo, Rafael Esquivel dan Jose Maria Marin.

> Rasuah yang mereka lakukan sangat sistematik dan luar biasa melibatkan perpindahan wang berjumlah lebih AS$100 juta yang berlaku di Amerika Syarikat sendiri sehinggalah merentasi negara-negara lain termasuk di Amerika Selatan.

> Dalam satu lagi kes yang berasingan, pihak berkuasa Switzerland pula mengumumkan yang mereka akan turut menyiasat sama ada wujud unsur-unsur rasuah dalam pemilihan negara hos final Piala Dunia 2018 dan 2022.

> Fifa dijadualkan melangsungkan pemilihan pucuk pimpinannya yang baru Jumaat ini.

> Jurucakap Fifa, Walter De Gregorio dalam satu sidang akhbar khas menegaskan pemilihan pucuk pimpinan Fifa tetap akan berlangsung sepertimana yang dijadualkan dan tidak akan terjejas dengan berita penangkapan pegawai-pegawai tingginya itu.

> Penyandang jawatan presiden Fifa, Sepp Blatter akan ditentang oleh adik kepada Raja Jordan, Putera Ali bin al-Hussein.

> Blatter telah memimpin Fifa selama empat penggal. Tempoh setiap penggal adalah selama empat tahun.

> De Gregorio juga menegaskan berita penangkapan pegawai-pegawai tinggi Fifa itu adalah insiden yang menyedihkan tetapi baik untuk membersihkan nama Fifa daripada segala dakwaan negatif.

> De Gregorio juga berkata yang Sepp Blatter tidak terlibat dalam skandal terbaru Fifa itu dan oleh yang demikian menafikan desas-desus yang mengatakan Blatter akan meletakkan jawatan.

> De Gregorio turut mengesahkan yang temasya Piala Dunia 2018 dan 2022 akan diteruskan di negara hos yang terpilih dan tidak akan ada pemilihan semula walaupun cara negara-negara berkenaan dipilih sebagai hos mungkin meragukan.

> Piala Dunia 2018 akan berlangsung di Rusia manakala 2022 di Qatar.


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan