Alexis Sanchez Pemain Terbaik Pilihan Peminat

Diterbitkan: Rabu, 27 Mei 2015 10:42 AM

Aksi Sanchez pikat peminat sepanjang musim EPL baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Arsenal, Alexis Sanchez dipilih sebagai Permain Terbaik Pilihan Penyokong Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA).

Anugerah itu diterima hasil prestasi cemerlangnya sepanjang musim Liga Perdana Inggeris (EPL).

Lebih daripada 200,000 undian diterima selepas senarai 10 pemain terbaik diumumkan pada awal Mei dan Sanchez telah menewaskan pemain Chelsea, Eden Hazard serta penyerang Manchester City, Sergio Aguero untuk memenangi anugerah tersebut.

Sanchez berhijrah ke Emirates dari Barcelona dengan bayaran perpindahan sebanyak 35 juta pound (RM196 juta) pada musim panas lalu.

Pemain kelahiran Chile itu menjaringkan 16 gol serta membuat lapan jaringan PADA musim pertamanya bersama skuad The Gunners.

Pencapaianya itu membuatkan Sanchez turut disenarai pendek untuk merebut anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA yang dipilih juri profesional. Bagaimanapun ia dimenangi Hazard.

Tags / Kata Kunci: Alexis Sanchez , PFA , Arsenal

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan