Yaya Toure Masih Kekal Di Manchester City - Bola Sepak | mStar

Yaya Toure Masih Kekal Di Manchester City

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2015 7:30 AM

Yaya Toure. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

YAYA Toure yang sebelum ini dilaporkan bakal meninggalkan Liga Perdana Inggeris nampaknya akan terus memperkukuhkan kedudukannya bersama Manchester City bagi musim 2015/16.

Perkara itu diumumkan oleh ejen pemain itu, Dimitri Seluk kepada Sky Sports.

Seluk mengakui Toure mendapat sejumlah tawaran termasuk daripada kelab Itali, Internazionale.

Naib Presiden Internazionale, Javier Zanetti, baru-baru ini mengumumkan mengenai hasrat pasukan itu untuk mendapatkan Toure.

Dalam pada itu, Seluk turut membuat penafian bahawa Toure ada menuntut Manchester City untuk mengadakan kontrak baharu dengan gaji yang lebih tinggi.

Tags / Kata Kunci: Yaya Toure , Manchester City
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan