Real Madrid Pecat Pengurus Carlo Ancelotti - Bola Sepak | mStar

Real Madrid Pecat Pengurus Carlo Ancelotti

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2015 7:21 AM

Carlo Ancelotti. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

PRESIDEN Real Madrid, Florention Perez mengumumkan pemecatan pengurus pasukan, Carlo Ancelotti dalam satu pertemuan di Santiago Bernabeau.

Pemecatan Ancelotti menjadikan ia sebagai pengurus Real Madrid yang kesembilan dipecat dalam tempoh 12 tahun.

Perez turut memberitahu bahawa kelab itu akan membuat pengumuman mengenai pengganti Ancelotti pada minggu depan.

Perlawanan terakhir Ancelotti adalah dalam La Liga Sepanyol ketika menentang Getafe dengan 7-3 pada Sabtu lalu.

Menurut Perez, Ancelotti menerima penghargaan daripada pengurusan dan peminat termasuk dirinya sendiri di atas kerjasamanya bersama dengan pasukan itu selama dua tahun.

"Dia merupakan sebahagian daripada sejarah kita sebagai jurulatih yang memenangkan La Decima. Namun seperti yang kita semua ketahui, tuntutan di Real Madrid begitu besar. 

"Kita percaya waktunya telah tiba untuk melakukan perubahan ke arah yang memungkinkan kita menang lebih banyak gelaran dan memasuki era baharu," katanya.

Perez yang mengucapkan terima kasih kepada Ancelotti berkata: "Kita akan mengumumkan nama pengurus baharu Real Madrid minggu depan."

Pengurus Napoli, Rafael Benitez antara nama yang disebut-sebut sebagai salah seorang calon yang akan menggantikan Ancelotti.


Tags / Kata Kunci: Carlo Ancelotti , Real Madrid
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan