Peminat Nantikan Perlawanan Malaysia-Tottenham Hotspur

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2015 1:08 PM

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Semua peminat kelab Tottenham Hotspur mahu idola mereka memberikan yang terbaik dalam perlawanan di Stadium Shah Alam pada Rabu.

Peminat kelab itu dari Malaysia, Indonesia, Thailand, China dan Singapura berkumpul di Hotel Saujana untuk melihat para pemain yang tiba pada Selasa sempena jelajah Piala AIA di negara ini.

Jurutera sistem, Macray Joseph Perrera, 27, berkata, dia hanya mula menonton dan bermain bola sepak pada 2008 dan tertarik dengan keupayaan Jerman Defoe dan Niko Kranjcar, masing-masing bermain Tottenham Hotspur ketika itu.

"Mereka memainkan satu jenama bola sepak yang menarik perhatian saya menyukainya. Mauricio Pochettino pada musim ini membawa pemain muda dan saya tentunya kagum dengan Ryan Mason dan Harry Kane," kata anak kelahiran Sarawak itu, yang tiba di Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Ditanya mengenai anggapan bahawa permainan itu sebagai acara 'sarkas', Perrera berkata, ia hanya merupakan satu perlawanan persahabatan dan ia bermakna bertujuan untuk menghiburkan peminat Tottenham Hotspur di rantau ini.

"Ramai rakyat Malaysia tidak berpeluang ke London untuk menonton perlawanan Tottenham Hotspur. Jadi, sudah tentu menarik buat mereka turun ke sini dan melakukan permainan persahabatan.

"Segelintir kita perlu mengubah cara pemikiran kita. Mereka (Tottenham Hotspur) berada di sini untuk menghiburkan para peminat dan pada masa sama, bermain menentang pemain seperti Christian Eriksen dan Kane sudah tentu memberikan pendedahan kelas antarabangsa kepada skuad kebangsaan kita," katanya.

Jaspm McGovern dari Bangkok, 47, berkata, dia pertama kali menonton perlawanan Tottenham Hotspur pada 1974 dan bapanya membawanya ke White Hart Lane.

"Semua keluarga menyokong Spurs. Pemain kesukaan saya sejak dahulu ialah Diego Maradona yang bermain satu perlawanan untuk Tottenham Hotspur (permainan persahabatan). Mereka yang lain adalah Glenn Hoddle, Ossie Ardiles dan pemain pilihan saya sekarang ialah Hugo Lloris.

"Setiap kali pasukan Liga Perdana Inggeris datang ke Asia, ia menjadi sebahagian daripada jelajah komersialnya. Ini adalah realiti. Saya masih fikir skuad kebangsaan akan mendapat manfaat daripadanya.

"Jika Tottenham bermain dengan betul, mereka boleh menang perlawanan itu tetapi jika mereka bermain suka-suka, mereka mungkin kalah," kata McGovern yang menetap di Bangkok selama sembilan tahun.

Naib pengerusi kelab Penyokong Spurs Singapura, Thomas Lau berkata, beliau menjangkakan banyak gol daripada Spurs.

"Saya menyokong mereka sejak 1991 dan melihat mereka di sini sudah tentu dinantikan. Saya tidak fikir ia sebagai 'perlawanan sarkas' dan saya harap Malaysia dapat mempelajari kemahiran dan teknik mereka daripada para pemain ini.

"Saya percaya ia akan membuatkan peminat Tottenham Hotspur terhibur pada Rabu ini," kata Lau.

Sementara itu, pelajar warga China, Luo Xiaojun, 24, telah menjadi peminat kelab itu sejak 2010 dan berharap untuk melihat pemain kesukaannya dalam perlawanan itu.

"Saya di sini sejak Isnin dan saya ternanti-nantikan perlawanan ini. Kami datang dari China hanya untuk melihat para pemain seperti Lloris, Kane dan Mason menunjukkan gaya dan bakat mereka," kata Luo.

Pasukan Malaysia akan menentang Tottenham Hotspur di Stadium Shah Alam pada Rabu.

The Star dan ProEvents International bekerjasama mempromosi kunjungan Tottenham Hotspur yang merupakan sebahagian daripada Jelajah Asia Piala AIA.

Tags / Kata Kunci: Tottenham Hotspur

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan