Falcao Bukan Lagi Pemain United Musim Depan

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 6:00 AM

(Ubah saiz teks)

RADAMEL Falcao dilaporkan tidak akan bersama pasukan Manchester United musim depan selepas Louis van Gaal enggan mengikatnya secara tetap.


Falcao,29, mengikat kontrak bersama United secara pinjaman musim lalu dari Monaco hanya menjaringkan empat gol dalam 29 penampilan bersama Van Gaal musim ini.

Walaupun United mempunyai peluang untuk mengikat pemain ini sebagai pemain tetap dengan nilai £43.2 juta (RM241 juta), namun difahamkan kelab telah memberitahu Falcoa bahawa mereka tidak memilih peluang itu.

Falcao sebelum ini dilabelkan antara penyerang terbaik dunia selepas penampilan cemerlang di Porto, Atletico Madrid dan Monaco namun gagal menunjukkan permainan memberangsangkan sejak berpindah ke Old Trafford.

Penjaring terbanyak Colombia ini bermain untuk kali keempat bersama United ketika aksi menang 2-1 ke atas Everton baru-baru ini.

Namun dia hanya meledak gol pada Oktober lalu dan sejak itu Falcoa gagal mencatat sebarang jaringan dalam 13 perlawanan terakhir.

Falcao diketepikan dalam barisan utama dalam perlawanan terakhir liga musim ini bertemu Hull City pada Ahad kerana kecederaan.

Penyerang ini telah mengucapkan selamat tinggal kepada peminat-peminat United minggu lalu selepas  dipanggil beraksi pada babak kedua  ketika keputusan seri 1-1 bertemua Arsenal di Old Trafford.

Falcao dilihat gagal mencari rentak untuk menjaringkan gol kerana dalam masa sama terpaksa menjalani proses pemulihan kecederaan lutut yang dialaminya ketika beraksi dengan Monaco Mac tahun lalu. 

Tags / Kata Kunci: Radamel falcoa , manchester united

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan