Dollah Salleh Gugur Tiga Pemain

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 9:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurulatih kebangsaan Dollah Salleh  terpaksa menggugurkan tiga pemain daripada skuad Pilihan Malaysia untuk  perlawanan Piala AIA 2015 menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Tottenham Hotspurs di Stadium Shah Alam, Rabu ini.

Menurut laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini, tiga pemain berkenaan ialah Ramadhan Hamid (Harimau Muda B), Baddrol Bakhtiar (Kedah) dan Afiq Azmi (Selangor), sebelum skuad tersebut memulakan sesi latihan di Padang PKNS, Kelana Jaya.

Hanya 20 pemain boleh didaftarkan untuk perlawanan itu.

"Baddrol mengalami kecederaan, jadi dia terpaksa diketepikan. Ramadhan pula digugurkan kerana kita hanya senaraikan dua penjaga gol manakala Afiq saya terpaksa gugurkan kerana daripada lima pemain import yang saya panggil, tiga adalah pemain di bahagian serangan.

"Jadi saya terpaksa korbankan Afiq hanya untuk perlawanan ini. Nama dia tetap terjamin dalam skuad kebangsaan untuk aksi persahabatan bertemu Hong Kong, 6 Jun ini serta dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 bertemu Timor Leste dan Palestin selepas itu," kata Dollah.

Senarai Pemain:

Khairul Fahmi Che Mat, Zamir Selamat, Robert Cornthwaite, Thiago Junio Aquino, Muslim Ahmad, Afif Amiruddin, Ronny Harun, Yong Kuong Yong, Zubir Azmi, Azmi Muslim, Nasir Basharuddin, Ashfaq Ali, Joseph Kalang Tie, Indra Putra Mahayuddin, Ahmad Syamim Yahya, Christie Jayaseelan, Paulo Rangel, Guilherme De Paula, Ahmad Hazwan Bakri, Norshahrul Idlan Talaha.

Tags / Kata Kunci: Tottenham Hotspurs

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan