Chelsea Akhiri Musim 2014/2015 Penuh Bergaya

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 6:29 AM

Pasukan Chelsea merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris musim 2014/2015 yang berakhir pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

CHELSEA menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan penuh bergaya dengan mencatat kemenangan 3-1 ke atas Sunderland pada aksi Ahad malam.


Steven Fletcher membuka jaringan awal untuk Sunderland pada minit ke-26 sebelum Diego Costa menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-37.

Namun Loic Remy memastikan The Blues perlu mencatat kemenangan di laman sendiri pada aksi akhir ini dengan menjaringkan dua gol pada minit ke-70 dan 88.

Dalam pada itu, penyerang veteran Chelsea, Didier Drogba diberi penghormatan beraksi buat kali terakhir selepas dia memutuskan untuk meninggalkan kelab sebaik sahaja musim ini berakhir.

Selepas 27 minit beraksi, Drogba dipanggil keluar oleh Jose Mourinho dan ketika itu kelihatan semua pemain Chelsea membuat kejutan dengan mengusungnya keluar padang sebagai tanda penghargaan mereka.

Sementara itu, kemenangan ini menyaksikan Chelsea mengekalkan rekod tanpa kalah di Stamford Bridge dengan mencatat 15 kemenangan dan kekal berada di kedudukan teratas liga selama 268 hari selepas menewaskan Everton 6-3 di Goodison Park Ogos lalu sebelum menjulang trofi juara musim ini.

Mourinho membawa Chelsea menamatkan kemarau juara liga selama lima tahun selepas turut bergelar juara Piala Capital One Mac lalu.

Malah kejayaan ini juga menjadikan trofi terakhir buat penjaga gol Petc Cech yang akan meninggalkan kelab ini selepas 11 tahun bersama The Blues.

“Ini baru permulaan. Skuad ini hanya menang Piala Capital dan Liga Perdana. Mereka perlukan lebih banyak kejayaan agar menjadi lebih baik daripada pasukan lain.

“Bagi saya bergelar juara 2004/2005 dan 2014/2015 merupakan  sesuatu yang menakjubkan kerana kedua-duanya milik saya.

“Masa depan saya tidak penting. Yang penting ialah masa depan Chelsea dan saya sedang berusaha untuk itu,” jelasnya.

Mourinho merupakan pengurus Chelsea ketika skuad ini merangkul gelaran juara musim 2004/2005 buat kali pertama selepas 50 tahun tanpa trofi.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , juara EPL

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan