Hull Sah Terkeluar Saingan EPL, Seri 0-0 Ke Atas United

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 1:38 AM

Fellaini (putih) dilayangkan kad merah gara-gara terjahan kasar ke atas McShane.

(Ubah saiz teks)

HULL City rasminya terkeluar daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas seri 0-0  dengan Manchester United pada aksi terakhir musim 2014/2015 di Stadium KC Ahad malam.


Hull memulakan aksi permainan dengan baik dengan membuka peluang jaringan melalui Dame N’Doye namun tandukkannya tepat ke penjaga gol lawan Victor Valdes pada minit pertama perlawanan.

Dua minit selepas itu penyerang United, Wayne Rooney cuba mencuri peluang gol namun percubaannya terkena palang.

Anak buah Steve Bruce itu tidak berputus asa untuk mencari gol namun jaringan McShane (m-18) dan Stephen Quinn pada minit ke-20 tidak dikira kerana berada dalam posisi ofsaid.

Pada babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan gagal mengubah kedudukan tanpa jaringan, malah minit ke-77 menyaksikan pemain United, Marouane Fellaini dilayangkan kad merah gara-gara terjahan kasar ke atas McShane.

Keputusan seri ini menjadikan Hull pertama kali mencatat rekod tanpa kalah kepada United dalam lapan perlawanan Liga Perdana.

Manakala United mencatat keputusan seri kali ketiga pada aksi akhir liga seperti mana yang dicatat ke atas Southampton (1-1, 2014 dan 5-5 pada 2013).

Hull tersingkir daripada aksi EPL musim depan selepas mengumpul 35 mata untuk berada di tangga ke-18 liga sekaligus mengikut jejak langkah Burnley (33 mata ) dan Queens Park Rangers di posisi terakhir dengan 30 mata.

Tags / Kata Kunci: Hull City , Manchester United

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan